Sunday, November 9, 2008

WAHAI KAU LANGIT DAN BUMI

meski kita nun jauh namun kau tetap dekat di hatiku..amin

Wahai langit yang luas,
tika aku memerhati sejuk hati ini,betapa baiknya kamu bersefakat selalu,membiarkan awan berarak riang,kadang putih terkadang hitam,menyedia ruang bintang berkerlipan tika malam,sungguh mereka semua menambah keserian,sungguh kamu semua mengikut obit ketentuan,meski sesekali ribut taufan mengocak ketenangan,meski sesekali guruh petir membelah awan,akan hadir pula ketenanganmu yang syahdu,tika mentari pagi menampakkan mukatika tengahari terik membahang minda,tika petang senja melabuhkan tirainya.kau punya rembulan menyuluhi malam,kau punya mentari menyinari siang,kau punya cinta kasih bumi yang sebati.yang suci abadi sehingga dunia khiamat nanti.

Wahai bumi terhampar setia,
tika aku memandangmu berdenyut hati ini,betapa setianya dan baiknya kamu,membiarkan semua makhluk bercanda di atasmu,dirimu disakiti, dikotori, dinista dibebani segala,amat sedikit mereka mahu mensyukurinya,kau redha memberi dan menerima apa saja,bertemankan langit mengalirkan cinta,bahagiakah kau meski langit di atas sana,cuma menghantar hujan sekali sekala,buat menghilang kegersangan kasih yang tiba,ku tahu cinta kasihmu sentiasa mengalir,Allah ciptakan kamu pasangan yang cantik,tanpa langit bumipun tidakkan hadir,tanpa bumi langitpun tidakkan ditakdir.setianya bumi menghantar salam doa kasih,setianya langit terserlah dan terpamer,sentiasa di situ memerhati dan memandangku.

Wahai sahabatku sayang...
tidakkah kau tahu tidakkah kau rasa,langit dan bumi itu seumpama kita,dua insan anak hawa berjumpa di udara,menyisip resah menyulam rindu sentiasa,menghantar salam menerima doa,menumpah kasih mendakap sayangnya,pabila kau menjauh resah gelisah mengulitnya,pabila kau mendatang segalanya menjadi lega,wahai sahabatku.. wahai sayang...meski kau dan aku jauh saujana memandang,hanya ku pandang mengungkap sayang,namun ku akur ku redha hakikat ketentuan,kau dan aku adalah bukti ciptaan Tuhan,punya tugas menyempurnakan mesej Tuhan,redha dan pasrahlah sayang...namun ku bersyukur menemuimu dipinggiran iniuntukku memuji kebesaran dan keagungan Ilahi
amin ya rabbal alamin...

Terima kasih sahabat terima kasih sayang....Tinta ini kutulis ...untukmu sahabatku..moga kau bahagia walau di mana saja kau berada, sesungguhnya aku di bumi yang sentiasa memandangmu, mencari kamu, mengharapkan kamu hadir selalu meski kau menjauh di langit sana. maafkan segala khilafku ..yang tidak ku sengaja........moga kau bahagia..amin.