Wednesday, January 18, 2012

Muhasabahku mendapat keredhaanNya

Alhamdulillah..syukur kepada Tuhan yang masih memberi kita nikmat..mungkin kadang2 kita lupa akan nikmat2Nya..susah nak merasakan yang Allah melihat kita..cukuplah dengan mengatakan Allah melihat apa yang aku buat dan apa yang aku buat dinilai oleh Allah..

Mari kita duduk diam sebentar untuk beriman muhasabah diri..kita koreksi diri..mencari keredahaan Allah

jom perbetulkan niat kembali..
Ya Allah sesungguhnya solatku..ibadatku, hidup dan matiku hanya untukMu
Ya Allah aku reda dengan ujianMu..kuatkan imanku..kerana orang2 yang Allah bagi ujian itu adalah orang2 yng TERPILIH dan org2 yg Dia sayang..
yakinlah dengan kasih sayang Allah..Allah bagi orang yang membaca blog ini dipilih untuk mengingatiNya..Subhanallah..Maha suci Allah permudahkan hidup orang yang membacanya..

Hari ini ramai sangat orang islam termasuk diri ini yang Allah pilih untuk meyampaikan kebaikan..tapi berapa ramaikah yg buat betul2..kalaulah semua orang bekerja di sisi Allah mesti dah penuh sembahyang jemaah di masjid..
kita besemangat dengar ceramah palestin,ceramah syiah..isu aqidah dipermainkan..berkobar2 rasa semangat itu..Subhanallah..Alhamdulilah..kerana hati kita masih boleh cium wangian2 iman..tapi kita kurang semangat untuk angkat selimut solat subuh di awal waktu..

Kadang2 terfikir adakah sebabnya kemahuan kita tak kuat atau kurang keyakinan kita pada Allah..kita sekarang di zaman yang langit terbuka luas..yang zaman globalisasi..zaman internit di hujung jari..kita merasa aman hidup di atas muka bumi yang dipermudahkan ini..berbanding di zaman Rasulullah..
susahnya kita sekalipun masih dapat makan..masih ada orang membantu..tak payah ikat perut bagaimana Rasulullah dan sahabat2 menahan lapar..

ya... jalan ke syurga memang amat beronak duri..memang sunahtullah berjalan atas duri2 itu..xde orang yang tak diuji..Allah mencipta kita untuk diuji siapa yg lebih baik amalnya..berbanggalah kita dilahirkan dalam keadaan islam..kita adalah umat yang terbaik yang diciptakan Allah untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah yang mungkar..

Insyallah yakinlah dengan kasih sayang Allah..
moga bunga yang layu kembali mekar meyebarkan spora2 iman..menghasilkan buah akhlak yang baik..
sayangku sayangmu kerana Allah

Friday, January 13, 2012

Pesanan Syed Ahmad Yasin


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”