Tuesday, August 30, 2011

Peringatan buat diriku dan anda sekalian...

Peringatan buat diriku dan anda sekalian...

jangan bersedih....
ingatlah..


Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan.
Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah
menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.

Ahmad ibn Hanbal..
pernah dipenjara dan dihukum dera,
dia kemudian menjadi imam salah satu madzhab.

Ibnu Taimiyyah pernah di penjara,
tetapi justru di penjara itulah,
dia banyak melahirkan karya.



Begitulah,
ketika tertimpa suatu musibah,
Anda harus melihat sisi yang paling terang darinya.

Ketika seseorang memberi Anda,
segelas air lemon,
Anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya.

Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang,
ambil saja kulitnya yang mahal,
dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.

Ketika disengat kala jengking,
ketahuilah bahwa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan
pada tubuh Anda dari bahaya bisa ular.



Kendalikan diri Anda dalam berbagai kesulitan yang Anda hadapi!
Dengan begitu,Anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami...

"Bunuhlah setiap waktu kosong dengan 'pisau' kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahwa Anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para kuli bangunan! Mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan menyeka air mata kesedihan." ~Aidh al Qarni




Monday, August 15, 2011

Salam Ramadhan..nota buatku..

Salam ramadhan kareem...
sakam kasih sayang..
salam kerinduan..


Ramadan kali ini moga kita masih merasakan roh2 ramadhan..masih berlumba-lumba melakukan kebaikan..
Ya Allah berilah ujian Mu..supaya aku bertambah iman..supaya aku merasa kasih sayangMu..sesekali rase teringin sgt2 nak berjumpa Nabi Muhammad s.a.w..tapi..layakkah aku..? andailah Nabi Muhammad berada dia datang pada kita..perkataan apa yang kita patut luahkan..Subhanallah..rasa terkelu sekejap..Ya Allah..kau Yang Maha Memahami hati ini..



dalam hidup ini, kita tidak perlu marah orang lain, andai mereka melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hati kita, kerana semua manusia itu punya haknya...cuma kita perlu memberi teguran, agar dia sedar kesalahannya..dia dapat memperbaiki kesilapan.



Kita tidak boleh menganggap orang lain tu seperti kita, kita tidak boleh menganggap orang lain tu akan memahami kita, kita tidak boleh mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, dia ada identitinya sendiri, dia ada persepsinya sendiri, dan dia adalah dia, kita adalah kita. cuma sekali sekala kita boleh berbicara dan mencari persesuaian kata sepakat antara satu sama lain, tetapi andai persefahaman tidak di dapati di situ kita tidak boleh marah atau merajuk...atau menyalahkan orang lain. Disitulah sebenarnya ujian Allah, dan cubaan menguji keimanan seseorang hamba yang baik...



Siapalah kita untuk memarahi seorang hamba Allah yang lain atau menghukum seseorang kerana kedaifan dan kelalaiannya, atau tidak mahu memaafkan kesalahannya tanpa dia sengaja..Siapalah kita itu, siapalah kita ini berbanding dengan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, berbanding dengan para Tabi'in yang terdahulu, siaplah kita ini, sedang Allah yang memberi nyawa pada kita, Allah memberi rezeki pada kita, Allah memberi penghidupan, Allah yang memberi segala kenikmatan, tanpa kita pernah membuat bayaran, masih membuka pintu taubat seluas2nya pada hambaNya, masih memberi tempoh, masih memberi keampunan andai hambaNya membuat salah atau dosa, andai hambaNya meminta ampun terhadap segala kesalahan....



Mengapa kamu wahai manusia, apakah istimewanya kamu berbanding mereka, sedang kamu tidak mahu memaafkan kesalahan sahabat kamu. Besar sangatkah kesalahan sahabat kamu itu sehingga kamu memusuhinya, dan memutuskan silatulrahim dengannya?....Tidakkah kamu mahu Allah memaafkan kesalahan kamu, jika kamu bersalah atau berdosa???



Entahlah aku pun tak tahu, kenapalah kamu marah sangat pada aku...sedangkan kamu tak kenal aku, kamu tak tahupun siapa aku, mungkin kamu terasa..apa yang aku kata. sedangkan dulu kamu kata kamu tidak akan terpengaruh dengan orang yang kamu tidak kenal....hai..tah la.. bukankah kamu menyuruh aku menganggap kamu tu adalah kawan pompuan aku..aku memang anggap kamu kawan baik aku, dan akupun tak dak rasa marah pada kamu..kerana aku minta Allah memberi kekayaan jiwa pada aku...hehehe. ....usahlah berkira sangat dengan hamba Allah yang lain...bukankah kamu tak nak kalau Allah berkira dengan kamu...?



Semoga Allah memberi pemikiran yang jernih untuk kamu berfikir, kawan ketawa mudah di cari...tetapi kawan menangis sukar di dapati...aku bukan jenis suka tinggal kawan, sekali aku bersahabat selamanya aku ingat..dan aku doakan kebahagiaan kamu...semoga kamu tenang..usah bersedih kamu ada dalam tiap doa aku...semoga kamu tenang dan bahagia..amin.



sSebenarnya dalam hidup ini Allah nak lihat keimanan kita,,apakah benar kita beriman kepadaNya, andai setelah diuji dengan pelbagai cubaan..barulah diketahui tahap keimanan kita itu di mna. Aku percaya andai kebaikan sebesar zarahpun Allah akan kira..dan andai dosa sebesar zarah pun akn dihitung juga...semoga kita sentiasa bertaubat kepada Allah..dan Allah mengampunkan dosa2 kita..amin.