Tuesday, November 10, 2009

ALLAH ITU JAUH?

Kenapa manusia sering buat maksiat?

Dia tahu maksiat itu salah, tapi kenapa dia lengah-lengah dalam taubatnya?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh.
Lambat hendak dicapai.

Kenapa manusia, jarang berdoa dan menggantuntgkan harapannya kepada Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh.
Dia tidak nampak Allah, membuatkan dia rasa kurang yakin dengannya.
Seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.

Kenapa manusia, tidak mampu hendak mengaitkan seluruh kehidupannya dengan Allah?

Kerana dia rasa Allah SWT itu jauh.
Jadi pada dia, tiada makna mengaitkan urusan hidup dengan sesuatu yang jauh.
Yang entah gembira atau tidak dengan kejayaan kita.
Yang entah sedih atau tidak dengan kebencanaan yang menimpa kita.
Yang entah hendak memberi ganjaran atau tidak dengan kebaikan kita.
Kerana kita rasa Allah SWT itu jauh, maka bila kita gundah atau resah,
maka kita berlama-lamaan di dalam perasaan yang menyempitkan itu.

Namun, apakah Allah SWT itu jauh?
Jawapan Allah SWT sendiri
Ini masalah hubungan manusia dengan Allah SWT.
Kita di pihak yang mengharap, dan pemberinya adalah Allah.
Maka saya rasa, layaklah jika saya gunakan jawapan Allah SWT sendiri untuk hal ini.


"Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"
( Al Baqarah: 186)



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya"

(Al Qaaf:16)



"Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Al-Baqarah: 214)




Mungkin akan ada yang membahaskan,
apakah rapat Allah SWT ini bermaksud memang Allah itu benar-benar di sebelah kita,
atau hanya ilmu Allah SWT sahaja yang rapat dengan kita?

Untuk saya, saya tidak suka membahaskan hal itu.
Sudah cukup pada saya, saya menerima bahawa Allah SWT itu amat dekat dengan saya.
Saya tidak peduli sama ada benar-benar Allah yang berada dekat dengan saya,
atau yang dekat dengan saya ini hanyalah ilmu-Nya.
Kerana jika saya berada dalam salah satu keadaan itu,
tiada apa pun kekurangan untuk saya.

Yang penting, Allah kata –
Sesungguhnya aku amat dekat…
Dan Allah SWT itu tidak pernah memungkiri kata dan janji-Nya.


Masalah iman sebenarnyaAllah telah mewar-warkan bahawa Dia amat dekat.
Dia juga berkata bahawa, Dia tidak akan memungkiri janji dan kata-Nya.
Justeru, hendak merasa keberadaan Allah SWT itu dekat atau jauh,
terpulang kepada keimanan kita.

Hendak yakin atau tidak Allah itu dekat, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menngetahui, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, itu semua terpulang kepada kita.
Tiada paksaan dalam hendak mengimani semua ini.
Tiada paksaan di dalam melaksanakan tuntutan Allah.
Tapi, kebenaran itu tetap tidak akan berubah dengan pilihan kita.
Kalau kita memilih untuk tidak percaya sekalipun,
kebenaran bahawa Allah SWT itu amat dekat tidak akan terubah.
Hatta, kalau satu dunia ini tidak beriman akan kewujudan Allah, Allah itu tetap wujud.
Yang beriman tetap akan masuk syurga walau seluruh dunia menyeksanya.
Yang tidak beriman tetap akan masuk neraka walau seluruh dunia menyayanginya.


"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah: 256)


Namun tanda kewujudan Allah, keberdekatannya dengan hamba-Nya,
sudah terbukti sebenarnya.
Kan? Saya yakin ramai orang pernah merasa.
Sekarang pilihan dibuka. Siapa hendak beriman dengan keimanan yang sebenarnya?
Allah itu dekat. Dia tidak jauh.
Keimanan inilah yang membantu kita dalam langkah seterusnya.
Bila yakin bahawa Allah itu bukan sekadar ada,
malah dekat, sentiasa memerhati, mendengar dan memberikan sokongan,
maka dunia ini akan mampu kita lalui dengan baik,
segala perintah-Nya mampu kita jalankan dengan kemas.
Siapa yang susah bila dia berdua?
Tambahan bila yang bersamanya itu adalah Yang Tidak Terkalahkan Oleh Sesiapa?
Sebab itu, kalau kita sorot kembali dakwah Rasulullah SAW,
masalah keimanan ini adalah yang baginda selesaikan terlebih dahulu.
Nah, bagaimana keimanan anda?
Bila kita sudah yakin bahawa Allah SWT itu amat dekat,
maka hilanglah segala resah gelisah.
Susah senang dalam hidup ini kita akan harungi dengan tabah.


Bila sedih kita ada tempat mengadu,
bila gembira kita ada tempat bersyukur.
Bila susah kita ada tempat nak minta tolong,
bila senang kita ada tempat untuk luahkan kesenangan kita.
Kita juga akan rasa malu untuk membuat kerosakan dan kemungkaran.


Ya, bayangkan anda mencuri di hadapan orang ramai.
Adakah anda meneruskan pencurian anda dalam keadaan dilihat?
Begitulah apabila kita yakin Allah itu dekat.
Tidak segan kah anda berbuat maksiat dengan pemerhatian- Nya?
Kalau kita terbuat juga salah, dosa, maksiat, mungkin teralpa,
terlalai atau jatuh dalam kecuaian,
maka kita dengan keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat,
akan segera kembali kepada-Nya,
segera meminta keampunan daripada-Nya.
Terasa malunya diri, bermaksiat di hadapan-Nya, dalam pemerhatian- Nya.


Sebab itu Ibrahim Adham pernah berkata kepada seorang lelaki yang ingin bermaksiat:
"Kamu boleh bermaksiat, dengan syarat kamu cari satu tempat untuk berlindung dari pandangan Allah SWT"
Di manakah kita hendak cari tempat itu?
Semuanya yang ada dalam kehidupan ini,
hatta sempadan dunia ini sekali pun,
semuanya di dalam liputan kekuasaan pemerhatian Allah SWT.
Allah SWT itu, berkuasa atas segala-galanya.
Dia meliputi segala sesuatu
(Al Fushilat: 54)

Kalau ada gundah, jangan segan menangis di hadapan-Nya.
Dia amat dekat, pertolongannya sentiasa ada.
Bila susah, segera mengadu kepada-Nya.
Dia lebih dekat dengan kita daripada sesiapa yang dekat dengan kita.
Bila sudah yakin, semua ini anda akan rasa kenikmatannya.
Saya dah buat, tapi tak dapat bantuan punYa.
Kadangkala, ada situasi, Allah SWT melambatkan bantuan-Nya.
Itu adalah ujian. Ujian menguji keimanan kita.
Kadangkala, Allah SWT tidak memberikan kita apa yang kita mahu.
Namun siapakah kita hendak demand dengan Allah?
Kita sendiri tidak tahu apa yang buruk dan baik sebenarnya untuk kita.
Allah SWT itu lebih mengetahui.
Sebab itu saya bangkitkan masalah keimanan terlebih dahulu.
Yakin kah kita bahawa segala apa yang Allah atur, beri kepada kita adalah yang terbaik?
Jangan risaukan natijah. Yang kita perlu risaukan adalah usaha.
InsyaAllah, selepas usaha, segala natijah yang Allah beri adalah yang terbaik.
Yakin dengan itu, semua kesusahan, kegundahan, keresahan, akan selesai.
Cuma mungkin, kita hendak rasa apa yang Allah atur itu terbaik, lambat sedikit.
Kita tiada pengetahuan seperti Allah SWT.
Mungkin kita hanya akan tahu perkara itu baik kepada kita, 10 tahun akan datang.
Namun saya yakin, kita akan menyedari. Saya sudah lalui…

Penutup: Maka jangan lengah merapati-NyaMaka,
apakah masih pantas untuk kita berlengah-lengahan terhadap Allah SWT?
Allah amat kasih dan cinta dengan kita. Sangat dekat.

Kenapa kita tidak boleh membuat permulaan,walaupun dengan langkahan kecil untuk mendekati-Nya?
Kedekutnya, bakhilnya, tidak malunya kita berlagak sedemikian rupa.
Sedangkan Allah SWT yang memiliki segalanya merapati kita.

Kenapa kita yang memerlukan Allah SWT tidak bergerak mendekati-Nya?
Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah.
Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas.
Ya Allah, apakah ada lagi yang sebaik Engkau dalam dunia ini?

"Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia adalah sebaik-baik wakil(pengurus) "
(Surah Ali-Imran ayat 173).

Jangan lengah.
Nanti kalau peluang benar-benar hilang(mati, kiamat)
baru hendak tergadah.
Mari kita rasa Allah dekat dengan kita.
Hidup benar-benar dengan perasaan bersama-Nya.
Percayalah cakap saya, orang yang punya perasaan ini, dia sentiasa akan berjaya.

Sunday, November 8, 2009

falsafah hidup


Burung-burung berterbangan..angin bayu bertiupan..
sang suria mula memancar menyinari alam semesta..
insan di dunia mula tersedar ,sehari lagi umur bertambah..
yang dah pergi..akan kembali.
yang masih hidup..terus berbakti..
jangan takut pada mati..
kalo beriman bertaqwa..
kubur bukan tempat jasmani.
tapi tempat perhentian rohani..

Wednesday, October 28, 2009

Analogi baju kotor

Alhamdulillah..masih diberi nafas untuk meghirup udara2 segar ciptaan Allah..masih boleh bau aroma terapi yang bersulamkan bau nescafe cap helang..masih bleh bingkas dari mati kecil untuk menjalankan amanah-amanah yang masih belum cukup sempurnanya sebagai perantau di akhirat kelak..

Pagi tadi tiba2 datng pulak kerajinan untuk basuh baju.Selalunya basuh baju hujung2 minggu.Kumpul baju banyak2,masuk dalam mesin basuh..letak sabun basuh,letak pewangi baju..tekan butang,tit tit..lepas 1jam dah siap..tapi hari nei macam disuntik kerajinan untuk basuh baju pakai tangan..2helai je.he3..Sambil basuh baju tue,sambil nyanyi lagu tekad dendangan shoutul harakah..nak nyanyi lagu tue kene ade soul,kene ade semgat..baru baju tue bersih..

tengah basuh baju tetiba dapat ilham..untuk wat analogi..
Ha..jom kita sama2 bayang2 baju kita yang kotor,kalo dicuci,disental,diperah dan dibilas..Alangkah kalo daju itu boleh bercakap,pasti dia akan berteriak kesakitan..begitulah ibarat orang-orang beriman..hendak membersihkan daripada noda-noda sisa kejahilan serta angkat darjat di sisi Tuhan,ia pasti diuji kesedihan dan penderitaan..

Jika baju yang direndam dengan air basuhan tadi,mukmin itu pulak berendam dengan keringat perjuangan dan air mata duka ..mengenangkan nasib diri.Pendek kata insaf akan diri,masih ada lagi tak sempurna.Jika dia bersabar seperti terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 153:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)
WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MOHONLAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN SABAR DAN SOLAT. SUNGGUH, ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG SABAR.

dan bahawasanya titisan mutiara keinsafan dan kesedaran kerana
"AKU INI ADALAH HAMBA ALLAH,AKU DICIPTAKAN MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI BUKAN HANYA SEPERTI SEEKOR KIJANG YANG PENGECUT TAPI SEEKOR SINGA ISLAM YANG BERANI"

InsyAllah Tuhan itu sebijak pandai dan Maha Adil.maka diampunkan dosa-dosa si hamba tadi..InsyAllah
Moga-moga antuna yang seakidah denganku menempuh ranjau kehidupan di bumi Tuhan..moga-moga sama kita bertawakal kepada Allah..moga Allah jaga hati kita..yakni hati yang mendapat HIDAYAHNYA..amin..amin ya Rabbal Alamin

Saturday, October 24, 2009

الكلام الإنساني

Air mataku sering menitis mendengar lagu ini disaat jiwa terasa berdosa.Kini ku temui lirik.. mungkin jiwa lebih memahami dan menghayati..

SubhanAllah… bila membaca maksudnya, terasa begitu tawadhu`nya seorang insan yang bergelar Imam besar ini. Ketinggian ilmu dan kedudukannya menjadikan dia semakin merendahkan diri kepada Allah Azza wajalla. Semakin dia banyak mengakui akan dosa2nya. Semakin dia banyak berharap pada TuhanNya. Kalau nak difikirkan banyak lagi dosa-dosa insan biasa seperti diri ini.
http://www.youtube.com/watch?v=7A9asub8M-k

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Friday, October 9, 2009

Futur..oh futur

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepada-Mu

Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu

Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertahta..

_OPICK-Rapuh_
Futur.. futur.. lagi-lagi masalah futur. Berulang kali ana menerima cerita-cerita sahabat ana yang mengalami kefuturan. Ana juga sering mengalami futur. Ya iman tu akan mengalami pasang-surut. kalo ia pasang boleh tinggi macam gelombang tsunami, tapi kalo surut jadi kering kerontang. Yang berlebihan beribadat selalu bagus, ati-ati kalo over dos. Terlalu hot beribadah malah jadi “hambar”, contohnya kalo kita target diri bila tiap kali abis sholat fardu, tilawah 30 juz, jadi dalam sehari leh khatam qur’an 5 x (wow.. mantap). Terlalu berlebih lebihan ibadah juga tak elok jadi kita harus ada konsep tawadzun (seimbang).


Tidak salah kalo futur , ia fitrah karena leh dikatakan setiap orang akan merasakannya. Menjaga keseimbangan memang susah. Kalo rase kita dalam kefuturan cepat2 mendeteks virus futur dan cepat2lah di scan anti-virus dan kadang2 kita perlukan teman untuk memberi spirit. Hmm.. seperti ana yang selalu punya ramai akhwatfillah. apabila rasa futur beri tahu saje pada akhwat2 “anti ana sedang rapuh dan futur”. Selepas itu selalunya ana dapat banyak terapi “ bakaran-semangat” tersendiri he..he3

Bagi tahu sajalah, pengakuan2 benar pada sahabat .
“ aku belum sholat lagi, ngaji rasa malas sje, baca buku pun dah tak suka lagi bla..bla.. “.Ada cerita juga: “ aku jarang liqo’ lg, sholatnya non-on time, jarang pernah tilawah lagi, apalagi qiyamul lail”.

SEDIHNYA ana seringkali terkejut mendengarkan curahan teman tentang futur mereka. Ada juga yang tidak cerita, namun lambat laun terlihat dari keseharian yang jauuuhhhh dari biasanya; tudung yang lebar diringkas jadi tudung pendek atau jarang, kain, jubah labuh bertukar jadi jeans ketat . sakit melihatnya, terkadang mereka aku cubit kecil pinggangnya sambil kata“ .. seksi sekali,” dengan nada yang tidak sinis . Mm,, maksudnya nak bagi kesedaran, tapi mereka malah ketawa-ketawa saje. Ana tak pernah berani untuk “menghakimi” secara terang-terangan. Kata Murobbi ana, ingatkan secara lemah lembut, selebihnya doakan agar mereka mendapat HIDAYAH ALLAH

Takut juga melihat perubahan yang seperti itu. Sungguh, terkadang sempat membayangkan jika futur parah itu terjadi padaku . Untuk mengatasinya, kita perlukan support system dari luar dan dalam. Hati kita perlukan asuhan setiap hari dengan pelbagai variasi contohnya buat mutaba’ah,mendengarkan tausiah, baca buku islami, ikut tarbiyah dan sebagainya, sehingga apabila ketika kita dihadapkan dengan kondisi masyarakat sekarang, maka filter yang sudah mantap menancap di dalam jiwa akan menapis bentuk-bentuk negatif pergaulan itu sendiri. Seperti yang dikatakan teman halaqah-ana sms: Orang yang jiwa dan nyawanya dalam lindungan cahaya Rahmat Allah. Futur-futur perusak tidak akan memiliki kesempatan untuk merusak jiwanya. Ya Allah, titipkan jiwa dan nyawaku pada-Mu…

Ibnu Taimiyah berkata,” Mereka istiqomah dalam mencintai-Nya dan beribadah kepada-Nya. Mereka tidak menoleh dari-Nya, baik ke kiri atau kekanan.” (Tahdzibu Madaridji As-Salikin,hal 332,penerbit Wizaratu Al Adl,Emirat).
Istiqomah lah yang menjadi dasar kita untuk tetap kembali lagi ke jalan-Nya sesaat setelah futur. Cinta itu sumber istiqomah, maka beribadahlah karena cinta bukan karena merasa sebagai kewajiban apalagi beban hidup.

Ana juga pernah merasa malas tilawah, malas qiam, bahkan terkadang rase sholat 5 waktu beratttt(Cuma tetep diusahain on time yah.. malasnya jangan dimanja). Berusahalah melawan rasa malas. Lawanlah sekuat tenaga. MUJAHADAH!..Melawannya dengan apa?? Ya dengan cinta. Jika kita mencintai-Nya, futur itu boleh normal kembali, yang penting kene pandai mengolah dan mengendalikannya, Insya Allah cepet pulih, tapi kalo di biarkan… wah, wallahua’lam. Istiqomah itu sulit tapi harus terus diupayakan.. ingatlah: jika sebuah batang bambu dipisahkan dari rumpunnya dan dijadikan seruling. Saat ditiup lengkingannya menyayat, merindukan rumpunnya. Begitu juga jiwa yang jauh dari Pencipta-nya (Jalaludin Rumi)

Monday, September 28, 2009

sayangku sayangmu kerana ALLAH

alhamdulillah. masih lagi bernafas dengan percuma dengan oksigen y diberi Allah. alhamdulillah.. syukur..

tapi saya sedih. Allah menarik nikmat kawan atau adik dari ana. keseorangan tanpa dia. rasa rindu tiba2 menjelma. padahal baru selalu saje ana mesej dan call dia
begitulah dasyatnya ukhwah. ukhwah kerana Allah. Pernahkah kita terfikir, tentang satu perhubungan kerana Allah. Mungkin hanya berkata di mulut, hanya omongan kosong, tapi tak pernah di praktikkan. ya.. cuba kita lihat di sekeliling kita, rakan2 kita, sahabat2 kita, kawan baik y kita sanjung selama ini, benarkah mereka mencintai/ berkawan dengan kita kerana Allah?

ya atau tidak?

ya, jika mereka sentiasa mengnngatkan kita.
ya, jika mereka sentiasa menggerakkan kita utk berubah.
ya, jika dia sedia menerima kekurangan kita.
ya, jika dia tak pernah merungut dan marah dengan teguran kita.
ya, jika dia sentiasa bersama kita walau suka dan duka.
ya, jika dia sentiasa menyebut, "saya sayang akak kerana Allah"
ya, jika dia sentiasa menceritakan masalah dia.
ya, jika dia sanggup berkorban ( korban jalan kaki semata2 nak jumpe sebab saya demam) dalam segala hal.
ya, jika.. ( harap leh tambah sendiri)

jadi lihat saja, adakah ciri2 ini ada dalam perhubungan anda?

kita lihat sahaja satu cerita y mengisahkan tentang seseorang y mencintai sahabatnya kerana Allah.

dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawasannya,

ada seorang laki berziarah kepada seorang saudaranya di satu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat melindunginya di sepanjang jalan- y dilaluinya. setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat padanya " Kemana engkau menghendaki? orang itu menjawab " saya hendak ke tempat saudaraku di desa ini" malaikat bertanya lagi " adkah satu kenikmatan y hendak kau peroleh dari saudaramu itu? dia menjawab " tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah " malaikat lalu berkata " sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah. ( HR muslim)

subhanallah ukhti.. lihatlah balasan Allah pada mereka y mencintai kerana Allah..

jadi. lihat saja kondisi kita umat sekarang.. benarkah mereka mencintai saudara mereka kerana Alla?bahkan ramai saja antara kita y menyesatkan malah menghancurkan masa depan saudara kita..

ukhti, di jalan tarbiyah ini lah baru ku kenal sapa kawan, sape lawan. rupa2nya kawan2 ku dulu ( sebelum ditarbiyah) tak pernah mengungkapkan sayang, tak pernah mengajakku kebaikan tapi hanya dunia jadi kesenangan.. astaghfirullah

untuk mereka y berkawan dengan kita kerana dasar suka2, tetaplah memberi layanan, kita perlu mengukir senyuman dan bertegur sapa serta mengajak mereka kepada kebaikan. tunjukkan bawaha kita berkawan dengan mereka atas dasar niat kerana Allah. jangan jadikan kita dipandang bukan2. jadi fitnah bagi mereka y ingin perubahan.

CARILAH SAHABAT Y MENCINTAI KITA KERANA ALLAH !


Wahai ukhti
Bersabarlah dengan sabar yang indah
Tersenyumlah dengan senyuman yang mengembirakan
Dari hatimu dengan rahmatNya
Agar menuju ke hatiNYA dengan inayahNYA
Tegarlah dirimu membina tarbiyah dan ditarbiyah
Teruslah memburu iman
Menjejaki takwa
Perjuangan ini masih jauh perjalanannya
Memang getir
Tapi ini bukan lapis paling akhir
Andainya tersungkur
BANGKIT!!!
Kau MUJAHIDAH MUDA!!!

Sunday, September 13, 2009

DETIK-DETIK MENJELANG WAFATNYA RASULULLAH SAW

Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahwasanya dia berkata:

“Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat,baginda mengumpulkan kami dirumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinang air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu,agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu.Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

“Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerusakan di muka bumi.Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?”


Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir,dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.”

Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang menyolatkan baginda di antara kami?”

Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.


Kemudian baginda bersabda:”Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letakanlah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama menyolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tentaranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya.Dan hendaklah yang pertama solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”


SEMAKIN PARAH:

Semenjak hari itu,Rasulullah saw bertambah parah sakit yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari,banyak yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin,disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius.Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah,

kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?”

Kemudian dia berkata lagi:

“Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab:

“Rasulullah dalam keadaan sakit.”

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda:

“Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:

“Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”

Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah saw yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pingsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.


Baginda bertanya:

“Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?”

Siti Fatimah menjawab:

“Orang-orang menjadi bising dan bingung krn Rasulullah saw tidak bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.

Baginda solat dua rakaat. Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:


“Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT karena aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”


MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU:

Pada hari esoknya yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali saja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai orang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata:

“Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:

“Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:

“Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya

kepada puterinya Fatimah:

“Siapakah yang ada di muka pintu itu?”

Fatimah menjawab:

“Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahwa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”

Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.”

Lalu Rasulullah saw menjelaskan:

“Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelezatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:

“Masuklah, wahai Malaikat Maut.”

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:

“Assalamualaika ya Rasulullah.”

Rasulullah saw pun menjawab:

“Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?

Malaikat Maut menjawab:

“Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang.”

Rasulullah saw bertanya:

“Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?”

Jawab Malaikat Maut: “Saya tinggal dia di langit dunia.”

Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk disamping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:

“Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat?”

Jibril menjawab:

“Ya, wahai kekasih Allah.”


KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda:

“Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisiNya?”

Jibril pun menjawab:

“Bahwasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda saw bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab lagi: “Bahwasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah

berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda saw bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab: “Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang kabar yang menggembirakan aku.”

Jibril a.s. bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?”

Rasulullah saw menjawab: “Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperoleh oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperoleh orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperoleh orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa kabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:

Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah saw: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku.”

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw



Ali r.a. bertanya:

“Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?”

Rasulullah menjawab: “Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu

Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.”


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:

“Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah saw bertanya:

“Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?”

Jibril menjawab: “Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.


KESEDIHAN SAHABAT:

Berkata Anas r.a.:

“Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam karena takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwasanya Muaz bin Jabal r.a.telah berkata: “Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:

Apakah anda masih terlena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?”

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:

“A’uzubillahi minasy syaitannir rajim.”

Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.

Pada malam selanjutnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata:

“Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan.”

Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya,shg didengar sebagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya,orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:

“Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami.Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku.”

Setelah Muaz menerima Mushaf,lalu dibukanya.Maka nampaklah firman Allah yang artinya:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.”

(Surah Az-Zumar: ayat 30)


Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sadarkan diri.Setelah dia sadar kembali,

dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”

(Surah Al-lmran: ayat 144)


Maka Muaz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad.”

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:

“Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”


Kemudian dia berkata:

“Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw.”

Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang artinya:

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa,Muaz bertanya kepada

orang tersebut:

“Bagaimana khabar Rasulullah saw?”

Orang tersebut menjawab:

“Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia.”

Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu

menyadarkannya. Dia memanggil Muaz:

“Wahai Muaz, sadarlah dan bangunlah.”

Setelah Muaz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis tersedu-sedu.

Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?”

Muaz menyambungnya:

“Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.”

Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sadarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a.

lalu dia berkata kepada Bilal:

“Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pingsan.”

Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:

“Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.”

Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kemudian dia berkata:

“Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal ?

Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a.”

Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:

“Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh.”

Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:

“Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.”

Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:

“Assalamualaikum ya ahlil bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:

“Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw.”

Kemudian Fatimah berkata lagi:

“Masuklah wahai Muaz.”

Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pingsan dan tak sadarkan diri. Setelah dia sadar, Fatimah lalu berkata kepadanya:

“Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan kabarkan kepadanya bahwasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.



Abu Bakar lalu berlutut di samping kursi.Tangannya membuka kain penutup wajah Nabi.Beberapa saat lamanya ia terpaku memandang wajah Nabi yg indah.Abu Bakar menarik nafas panjang sambil berbisik

“Wahai junjunganku.Alangkah tampan wajahmu ketika masih hidup dan alangkah tampan wajahmu ketika mati.Seandainya engkau tidak melarang, tentu aku meratapimu lantaran beratnya akan perpisahan ini.

Titisan air mata mengalir membasahi pipi dan janggutnya.Dia kini menyaksikan sendiri,Betapa Rasul yang amat dicintainya telah kembali ke hadirat Ilahi.Tiba-tiba dia teringgat kepada Umar lalu

berkata:

“Demi Allah ,tidak akan ada dua kematian kepadamu,ya Rasulullah”.

Ditutup kembali kain panjang itu ke kepala baginda yang mulia,Abu Bakar kemudian bangun dan melangkah keluar dengan tenang.Ia menjumpai Umar Al Khatab dan menerangkan keadaan yang sebenarnya.Abu bakar terus melangkah ketempat Umar.Dari jauh Abu bakar melihat Umar yang tinggi tegap,bediri di bawah terik matahari.Orang banyak bertanya-tanya kebinggunan.Apakah benar berita yang mereka dengar?.Atau apa Umar yang benar?

Abu Bakar tahu perasan Umar yang tidak dapat menerima kehilangan Rasul.Dia sendiri sedang bergelut dengan kesedihan yang amat dalam.Lalu dia pun berseru dengan nyaring.Seruan itu ditujukan kepada semua yang hadir terutama kepada Umar.

“Barang seiapa menyembah Nabi Muhammad ,sesungguhnya Rasulullah benar-benar telah wafat.Dan barang siapa menyembah Allah,maka Allah tidak pernah mati dan abadi selama-lamanya.”

Kemudian beliau membacakan sebuah firman Allah dalam Al-Quran:

“Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul. Sudah berlalu rasul-rasul lain sebelumnya. Kerana itu, Apakah jika Muhammad meninggal dunia atau terbunuh,kamu akan murtad dan kembali kepada agama nenek moyang kamu?.Sungguh barang siapa murtad kembali kepada agama nenek moyang,tidak sedikit pun menimbulkan kerugian kepada Allah SWT.Dan Allah akan menganjarkan pahala bagi orang-orang yang bersyukur.”

(Ali Imran:144)


Tiba-tiba …Umar terjatuh lemah di atas kedua lututnya.Tangannya menjulur kebawah bagaikankehabisan tenaga. Keringat dingin membasahi seluruh badanya.Bagaikan baru hari itu dia mendengar ayat yang sudah lama disampaikan oleh Rasul kepada mereka. Kini hatinya benar-benar tersentak. Tidak ada alasan lagi untuk dia menolaknya. Bukankah ia keluar dari mulut ‘As Siddiq’,orang benar lagi membenarkan!


“Oh benarlah baginda telah pergi untuk selama-lamanya.Kau pergi meninggalkan kami yang amat mencintaimu,”rintih hati Umar.


Dan tangis kecintaan tersebut terus merambat ke hati para sahabat dan ke seluruh hati umat sehingga akhir zaman.Kecintaan orang beriman kepada Rasulnya yang tidak pernah putus sekalipun oleh kematian karena kecintaan atas dasar iman itu tetap lestari dan abadi.

Baginda telah berangkat dengan tenang meninggalkan umatnya yang telah dibekalkan dengan panduan hidup yang kukuh yaitu dua pusaka,Al-Quran dan sunnah.Dan tidak sesat umatnya apabila tetap berpegang teguh kepada dua pusaka tersebut.

“Aku tinggalkan kepada mu dua pekara,barangsiapa berpegang kepada kedua-duannya,tidak akan sesat selama-lamanya,yaitu Kitabullah dan Sunnahku.”

(Riwayat Ibnu Abdi Bar)


JUBAH ROSULULLOH SAW

Angin gurun yang gersang menerpa ke dalam udara Madinah yang mula sejuk. Abu Abbas r.a seorang sahabat setia Rasulullah SAW duduk merenung.Cintanya pada Rasulullah begitu besar.Sedangkan imannya dirasakan terlalau tipis untuk dapat menanggung duka berpisah dengan orang yang dicintai…..yaitu Rasulullah.Abu Abbas terkenang bagaimana ia mula-mula tertarik untukmemeluk Islam.

Satu demi satu musuh gugur di bawah debu peperangan.Keberanian mereka hancur. Semangat mereka untuk berperang kian redup.Yang tinggal hanyalah ketakutan dan kehilangan kepercayaan diri sendiri.Sehingga dalam waktu yang singkat,musuh terdesak mundur dan akhirnya masing-masing lari untuk menyelamatkan diri. Dari atas bukit Uhud, Abu Abbas melihat Rasulullah perlahan-lahan kembali memegang komando perang. Seluruh anggota tentara coba mengejar tentara Quraisy yang bertebaran lari ketakutan.

Tetapi sungguh mengagumkan dan mengherankan, Rasulullah mengangkat tangannya dan memberi isyarat agar mereka menghentikan pengejaran dan memerintahkan pedang dan panah diletakkan kembali ke sarungnya. Di tengah-tengah kejayaan itu Rasulullah lalu menyerukan satu peringatan, Firman Allah SWT yang maksudnya :

“Bahawasanya perangilah karena Allah orang-orang yang memerangi kamu saja dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan.karena Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas” (Al Baqarah : 190)

Adakah kemuliaan yang lebih agung dari sikap yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah SAW? Dengan kemenangan tersebut baginda masih mampu mengendalikan diri dan suasana serta memberi kemaafan. Padahal Sayidina Hamzah,pamannya terbunuh dalam keadaan aniaya.Padahal sahabat terdekat baginda berguguran di tangan musuh dengan kejamnya. Tujuh puluh orang telah gugur di medan perang.Namun Rasulullah tidak bersikap membalas dendam dengan menghancurkan semua musuh yang tidak berdaya.

“Adakah dimuka bumi ini orang yang akhlaknya semulia budi pekerti Nabi Muhammad SAW?”Bisik hati Abu Abbas ketika itu. Abu Abbas berdiri kaku dipuncak gunung batu.Hatinya yang keras sekeras batu karang mulai cair dan lembut.Bukan oleh terik padang pasir yang mendidih.Tetapi oleh kelembutan hati pemimpin yang yang tetap senyum meskipun wajahnya berlumuran darah.Yang menatap ramah walaupun pipinya luka terkena senjata musuh.

Kasih Abu Abbas semakin subur kepada Rasulullah menyaksikan jiwa dan hati baginda begitu besar dan lapang .Ini terpancar ketika baginda berhadapan dengan Abdullah bin Ubai yang terkenal sebagai pemimpin kaum munafiq.

Ketika akhir hayatnya ,Abdullah Bin Ubai ditimpa sakit keras.Dengan bibir gemetar yang semakin membiru,Abdullah bin Ubai meminta kepada anaknya agar dipanggilkan Rasulullah.Ia ingin didoakan oleh Rasulullah.Abu Abas yang menyaksikan peristiwa itu beranggapan mustahil Rasulullah mau datang menemui tokoh munafiq tersebut.Ternyata dugaan Abu Abbas meleset,.Rasulullah datang bersama Umar Al Khattab.Kepada Rasulullah ,Abdullah bin Ubai memohon agar baginda bersedia melepaskan jubahnya dan meyelimuti dengan jubah tersebut.Kalau pun dengan berselimut jubah itu tidak juga menyembuhkan penyakitnya,Abdullah masih berharap biarlah ia mati dengan berselimutkan jubah Rasulullah.

Dengan penuh kasih sayang Rasulullah menunaikan permintaan Abdullah bin Ubai. Sehingga akhirnya Abdullah meninggal dunia dalam penderitaan dan kesakitan dibawah jubah Rasulullah.

Peristiwa itu membuat Sayidina Umar bertanya-tanya.Ia tidak menyangka Rasulullah akan berbuat sejauh itu terhadap ketua munafiq yang telah banyak menabur fitnah dan perpecahan dikalangan umat Islam. ” Alangkah beruntungnya Abdullah bin Ubai,Ia meninggal dunia dengan berselimutkan jubah baginda yang suci.Para sahabat yang setia pun belum tentu mendapat keistimewaan itu”ucap Umar.

Rasulullah tersenyum penuh kearifan dan kasih sayang, Dengan nada yang lembut baginda menjawab : “Sahabatku Umar, Sesungguhnya jubah Rasulullah tidak,akan menyelamatkan Abdullah Bin Ubai atau siapa saja sebab manusia hanya selamat oleh iman dan taqwa masing-masing.”

Ucapan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang dalam pada diri Abu Abbas dan ucapan itu perlu menjadi azimat dan ingatan kepada umat sepanjang zaman.

Wednesday, September 9, 2009

MAHABBATULLAH

1. Hakikat Cinta.

1.1.Cinta Yang Syarie Dasarnya Iman.
Sarahan :

Cinta seorang mukmin itu lahir dari ketulusan imannya kepada Allah SWT, bukan semata-mata memenuhi runtunan nafsu dan iblis karena iblis membawa manusia kepada kehancuran sedang Allah mengajak manusia kepada Syurga dan jalan yang lurus.
Dalil :

Q.3:15, Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maukah supaya aku kabarkan kepad kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan disisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah senantiasa Melihat akan hamba-hambaNya.

Q.52:21, Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga), dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

Q.3:170, (Dan juga) mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita.

1.2.Cinta Yang Tidak Syarie Dasarnya Syahwat.
Sarahan :

Tanpa sandaran kepada iman dan kecintaan kepada Allah, manusia akan melakukan sesuatu berdasarkan tuntutan nafsu semata-mata. Oleh itu cinta tanpa iman adalah memenuhi tuntutan syahwat semata-mata. Ini bukanlah ciri-ciri peribadatan mukmin yang yakinkan pembalasan Hari Akhirat.
Dalil :

Q.3:14, Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Q.80:34-37, Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapaknya, dan isterinya serta anak-anaknya, karena tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Q.43:67, Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

2. Ciri-Ciri Cinta.

2.1.Selalu Teringat-ingat.
Sarahan :

Antara alamat cinta sebenar ialah seseorang itu senantiasa mengingati orang yang dicintainya. Apa juga yang dilakukan mesti dipikirkan apakah manfaat kepada yang dicintai, apakah pandangan yang dicintai dan seterusnya sehingga apa pendirian yang hendak diambil, mesti mengambil kira orang yang dicintai.
Dalil :

Q.8:2, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

2.2.Mengkagumi.
Sarahan :

Mencintai sesuatu adalah karena ada aspek-aspek yang dikagumi pada orang yang dicintai. Sama ada karena pemurah atau cantik atau penyayang atau sebagainya. Begitulah dalam hubungan cinta dengan Allah, kita senantiasa mengkagumi kehebatan yang Allah miliki.
Dalil :

Q.1:1, Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2.3.Redha/Rela.
Sarahan :

Ciri cinta juga ialah hati kecil kita meredhai kepada orang yang dicintai.
Dalil :

Q.9:61, Dan diantara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata : “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah : “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

2.4.Siap Berkorban.
Dalil :

Q.2:207, Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.

2.5.Takut.
Dalil :

Q.21:90, Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah karena) sesungguhnya mereka senantiasa berlomba-lomba dalam mengerjakan kebaikan dan senantiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula senantiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

2.6.Mengharap.
Dalil :

Q.21:90, Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah karena) sesungguhnya mereka senantiasa berlomba-lomba dalam mengerjakan kebaikan dan senantiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut, dan mereka pula senantiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

2.7.Mentaati.
Dalil :

Q.4:80, Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berduka cita wahai Muhammad), karena Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

3. Hal ini Didapati Pada Manusia Dalam Mencintai Allah atau Mencintai Selain Allah.

Wednesday, September 2, 2009

cerita dari seorang insan




Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh...
salam ukhuwah seluas lautan Allah yg tiada tepiannya..
indahnya ukhuwah kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah..
sifat mahmudah penghias diri, mazmumah sama2 dijauhi, insya'Allah..
moga kita semua tergolong dikalangan hambaNya yg saling berkasih kasihan demi mengharapkan kasih sayang serta Redha daripada Allah azzawajalla...
insya'Allah, amin...

setelah sekian lama, waktu yg berlalu pergi membawa diriku ke satu destinasi yg kini kujejaki...
melewati hari-hariku, membawa hati nan pilu
seringkali ku terfikir tergurisnya hati dan perasaanku
dalam meniti kehidupan yg penuh liku...
hatiku sayu...
aku pilu dan terluka bila diriku dikasari,
aku pilu dan terluka bila aku dimasamkan muka
aku pilu dan terluka bila aku terasa diriku diperbudakkan
aku pilu dan terluka bila diriku seperti tidak diendahkan
aku pilu dan terluka bila diriku diperkata orang sedang aku 'bukan begitu'
ya Allah hatiku bagai dihiris sembilu...

namun...

bila kudisedarkan dengan sirah silam bgmn SABARnya Rasullullah..
berderailah airmataku membasahi bumi..
bertaburan manik2 panas dipipi...
aku terlalu memikirkan masalah diri sendiri...
bgmn masalah ummat?! amat sdikit sekali dimindaku...
aku bertambah pilu...

aku mahu dilayan baik oleh semua orang!? siapa aku?!
sedang shbt Rasullullah pun tidak mahukan kesenangan itu...
astaghfirullah... sabarlah hati...
semoga Allah memberikanku kesabaran dalam menghadapi banyaknya dugaan dan ujian yg mendatang...

destinasi yg kini kujejaki... dengan izin Allah...
alhamdulillah bersyukurku pada yg Esaterkadang bagai beratnya dirasakan untuk memikul amanah ini...
namun manisnya tidak dapat kunafikan..
dalam mengecap kemanisan ada jua pahit yg menyulam..



dulu lain...

kini aku tahu dan sedar tanggungjawabku as a khalifah n hamba
masaku tidak lagi hanya untukku
umat menagih masaku.. mereka membutuhkan aku...

namun goyahnya kakiku
aku belum pandai mengatur waktu..
aku lemah.. mudah tumbang...

hanya kepadaNya dipohonkan kekuatan
kerana hanya Dia sumber kekuatan...

Cinta Teragung Cintakan Allah, itulah yg terpahat d hatiku sekian lamanya... sejak aku kecil lg...
namun sejauh mana hatiku merasainya..
terkadang aku merasakan aku sgt hampir dgnNya dan ada kalanya aku merasa aku sangt jauh dariNya...
jauhnya aku menyebbkan hatiku pilu dan murung...
apa salahku hingga aku merasakan begitu, sering kutanyakan pd diriku...
mencari punca perasaan itu...

diriku ingin sekali memiliki CintaNya...
dan harapanku agar hatiku hanya terpenuh dgn cintaNya semata bukan selain itu..
namun sejauh mn telah kumiliki...
sedih dan sebak aku memikirkan...

Ya Allah rezekikanlah aku...
hati yg khusyuk dalam ketaatan pdMu
hati yg suci bersih drpd noda dosa maksiat
jiwa yg bersih serta akhlak yg terpuji...
rezekikanlah ya Allah, yg Maha Pemberi rezeki...


kepiluan hatiku ini, ingin kukongsikan bersama kalian semua.. kerana ku tahu kalian menyayangiku krn Allah...

akhwat fillah yg dikasihi kerana Allah...
teringat ana pd kata-kata Umar al-khattab, jika tak silap ana (jk silap tolong betulkn);

"tiada kebaikan bgmu jika tidak memberitahuku keburukanku"

mk dgn demikian, ana mohon agar antunna dapat menyatakan keburukan diri ana semaksimumnya, untuk ana muhasabah diri ana dalam rangka untuk memperbaiki diri, insya'Allah.. ana insya'Allah, hijratul insan ilallah...




alHaqir wa alFaqir ilallah...

dari seorang insan akhwat yang ku kasihi..;]

Saturday, August 29, 2009

teman bicaraku



Sekadar ingin berkongsi satu mesej yang ana terima daripada seorang sahabiah ana..



Mintalah teman yang soleh dalam sujud akhirmu sewaktu Tahajjud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH SWT...

"Sahabatku,


Di sekeliling kita terdapatbanyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman daripada teman yang soleh. Mulakanlah dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua, penghidup hati-hati yang gersang... Banyakkan memberi dari mengharap... Biarlah diri kita tidak dihargai orang asalkan kita tahu menghargai orang lain kerna kelak ALLAH pasti akan menghargai kita."SubhanAllah..amin.. amin ..amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, August 5, 2009

Hidayah milik Allah



Terima kasih buat sahabat yang mengirim wadah tinta ini lewat email pada akhir2 ini..ngasih2,...moga berbahagia ..mutmainnah....amin.hehe
kali nei ana nak kongsikan sedikit..ya berkaitan dengan hidayah dari Allah.kepada sahabat seperjuagan dengan ana yang sudah ditarbiyah ataupun dilanggari tarbiyah..
BERSYUKUR kepada Allah bukan saja ketika senang tetapi juga pada saat menghadapi ujian-Nya. Rahmat, musibah diturunkan Allah patut jadi medan umat muhasabah diri setiap saat..SESUNGGUHNYA orang yang memiliki ketajaman mata hati mengakui bahawa bencana dan seksa Allah tidak hanya dalam bentuk kelaparan, sakit, miskin dan muflis. Sesungguhnya bencana paling hebat ialah azab Allah bersifat maknawi, tidak nampak di mata manusia tetapi kesannya sungguh dahsyat dirasai.
Ia boleh membuat hati mereka tertekan seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud:
“Barang siapa yang Allah menghendakinya mendapat petunjuk nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.” (Surah Al-An’am, ayat 125)


Walaupun semua nikmat dunia sudah dimiliki dada rasa sempit, susah, takut, risau dan sedih. Bukankah perasaan itu adalah azab yang bersifat maknawi? Apakah lagi azab Allah yang ditimpakan kepada manusia supaya mereka beringat?


Azab di hati, tidak berasa manisnya iman. Mengapa orang yang lalai kepada Allah hidupnya bergelumang harta dan kuasa? Tidak nampak kesusahan pada wajah mereka, sentiasa sihat dan gembira dengan apa dimiliki. Tetapi benarkah mereka bahagia?


Mana mungkin harta boleh membeli ketenangan jiwa, bahkan hakikatnya semua yang ditonjolkan adalah palsu belaka. Hati mereka menjerit dikejar rasa bersalah, diburu bayang-bayang dosa dan maksiat yang dilakukan.


Nurani yang bersih sentiasa berbisik bahawa mereka melakukan kesilapan memilih jalan sedangkan nafsu yang keji cuba menjerat dengan pelbagai kenikmatan sesaat. Memang mereka menikmati segalanya tetapi jiwa tidak pernah puas, hampa dan kosong.


Allah menyeksa dengan cara mengunci mati hati mendapat hidayah-Nya. Azab Allah membuat hidup seseorang tidak menentu, tertekan, tersesat tanpa kuasa yang boleh menolongnya selain Allah.


Jika Allah cabut kemanisan iman dari hati, sesungguhnya Dia mengazab mereka secara senyap, ramai yang sembahyang tetapi tidak rasa manisnya sujud atau khusyuk dan mereka berilmu tetapi tidak mengenal jalan menuju Allah..









Sunday, March 15, 2009

Jom Renovet hati :)


assalamualaikum..alhamdulillah ana bersyukur..kerana masih diberi peluang hidup udara segar..masih diberi peluang dari bingkas bangun dari mati kecil..melakukan tanggujawab yang masih belum sempurnanya untuk selaku perantau di akhirat nanti..terima kasih juga kepada akak2 yang menghantar mesej penuh dengan kata2..yang mengingatkan diri ana ini..ya kadang alpa..begitulah fitrah manusia..sebab itu kita saling ingat mengigatkan.. kadang terfikir baju yang kotor,kalo basuh,dicuci,diberus..dibilas..alangkah kalolah bju itu boleh bercakap..pasti9 dia akan melaung kesakitan.. begitulah ibarat orang BERIMAN..untuk membersihkan diri mereka dr noda2 sisa kejahilan..nak angkat darjatnya di sisi tuhan pasti diuji dengan kesakitan..kesensaraan.. kalo air yang dibilas tdi..ibaratkan seorang mukmin tdi menangisi dan menyesali akn kesilapan yang dilakukan..insyAllah Tuhan itu Maha mendengar,jika titisan air mata jernih yang jatuh di pipi mukminh tdi adalah titisan yang ikhlas..insyAllah dosa2 pasti diampunkan Tuhan.. yang penting ikhlaskan hati itu..sahabat2 yang sama akidah denganku mari kita perbetulkan hati kita selalu..ikhlaskan hati kita kerana Allah swt.. ada 4 saje cara nak bersihkan hati kita: 1)taat perintah perintah Allah.. taat di sini bermaksud kita melakukan ibadat dengan ikhlas.. 2)cari keberkatan bagaimana nak cari keberkatan?? dengan melakukan qiam pada waktu malam.. bertaubat kita semua padaNya.. 3)banyakkan berzikir.. surah 8:2 "sesungguhnya orang yang beriman bila menyebut nama Allah hati mereka gementar,bila menyebut ayat2 Allah bertambahlah iman mereka,sebab itu mereka bertawakal padaNya" 4) berdoa.. berdoa dengan bersungguh-sungguh..dan yakinlah doa kita pasti dikabulkan.. masinnya air laut tak boleh menyerap ikan yang masih hidup.. tapi bila ikan tersebut mati,secubit garam saje dah memasinkan ikan tersebut.. begitulah hati kita..hati yang hidup sukar dinodai,tapi hati yang mati mudah saje dipengaruhi..moga Allah jaga hati kita..iaitu hati yang dipilih mendapat hidah-Nya,iaitu hati yang menyesali akan dosa-dosanya...

segala puji bagi Allah yg telah melenyapkn kesedihan dariku..


jadilah engkau seperti kupu-kupu,ringan perawakan,indah dipandang...sedikit bergantung pada yang lain..terbang satu bunga ke satu bunga yang lain..dari satu tangkai ke tangkai yang lain..dari satu taman ke taman yang lain


atau jadilah seperti lebah,makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik..
Bila hinggap pada ranting ia tidak mematahkannya..
menghisap sari bunga tanpa menyengat..


terbang dengan membawa kecintaan..dan hinggap dengan membawa kasih sayang..
ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira..dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan2 ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal

Friday, February 13, 2009

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Tuesday, January 13, 2009

GRPN DARI MINDA INI..


Embun pagi menitik lagi..tanda bumi masih dipaksi,tanggal 31 ogos tahun ini,genaplah Malaysia 52 tahun berdiri sendiri..tapi jaganlah alpa dengan kesenokan duniawi,hedonisme melata membelit,ideologi,materialistik makam memakan diri..Lupakah mereka kepada kebesaran diraja??pada mat kilau,Datuk Maharaja Lela,Tunku Abd Rahman?? Lembut gigi dari lidah berkata merdeka sedangkan jiwa dibelenggu mentaliti penjajah..mengejutkan islam..sedangkan Ladies,Gothic,Overnite,Black Metal jadi pegangan nafsu diri..Adakah ini erti merdeka sejati??Mana perjuangan parti2 demokrsi? Apa sudah jadi gaduh sana sini?saling tuduh menuduh menuding jari..Mengapa tidak membetulkan saje mentaliti REMAJA kini??? BAKAL PENERAJU PENGGERAK PENTAKBIR DUNIA MASA DEPAN!!..Ah!! apakah yang telah terjadi itulah secebis grpn dr minda ini..INGATLAH ANDAI HIDUP TIDAK BERPAKSI AL-QURAN DAN SUNNAH tanggunglah kemusnahan dan kehancuran yang MAHA AGUNG..