Monday, October 27, 2008

BERARAKKAH MENDUNG KENANGAN LALU.....


Ingatlah,

kalau pun awan mendung berarak,sudikanlah beri laluan sementara, buat mentari menyinar,mengeringkan titis titis kerinduan yang turun selepas hujan,menjauhkan kegelapan, di segenap sudut2 hati yang suram.

Biarpun...

nanti siang berganti malam,namun sesungguhnya ,ketahuilah olehmu,hadirnya aku di halaman ini,bertapak dan diamnya seketika,menghala ke destinasi, kenangan lalu,tiada insan lain yang wujud, kecuali wajahmu jua di hatiku.
Ketahuilah..

semua...itu bicara hatimu,ungkapan kamu di kehadiran itu,luahan hati kecilmu sayu dan pilu tika itu.sungguh aku tidak mengerti bahasa hatimu,aku masih keliru siapa kamu..kenangan lalu kamu yang mana satu,

Ketahuilah...

kenangan lalu kamu,tetap abadi melekat di jiwamu,ingatlah kerana ia bunga harapan yang tinggal,tidak salah...kerana ia indah dan membahagiakan,jua kenangan laluku dalam hidupku,akan kuingati ia ..kerana ia indah dan membahagiakan..

Di persisiran ini...

telah kau kenali aku..tapi aku masih tidak mengenali kamu..aku masih mencari dan menunggu,rupanya Allah masih mahu mengujiku,meniti ketetuan Allah aku pasrah saja, redha ku agar menggunung hikmah dalam hikmahNya..
amin ya rabbal alamin...

No comments: