Sunday, May 1, 2011

Seraut wajah yang ingin kulihat

Salam malam berbintang pelangi.. .pada kawan2 ..pada akhwat2.. pada sesiapa..yang terbuka blog ini..mohon maaf ..ada sebahagian ayat yg tak sepatutnya dibaca..teremosi sedikit..tapi insyallah sekadar perkongsian..
Satu malam..kesibukan..untuk study3..tetiba rasa nak dengar lagu..niat supaya tak mengantuk nak study..folder nasyid ku pilih ..selepas 5-6 lagu kedengaran masuk Alunan zikir munajat..
Alunan yang mendayu..buat ku menghayati liriknya..Subhanallah..terdiam seketika..alunannya buat hati ini rasa sayu hanya menyebut 2 ayat
sollawa hu ala muhammad… sollawa hu alai wassalam..
sollawa hu ala muhammad sollawa …hu alai wassalam..
Subhanallah 3x…tatkala menyahati alunan zikir..diri ini kembali muhasabah.
.aku kata aku sayang pada Rasulullah saw..tapi betulkah aku mencintai Rasul..setiap kali azan berkumandang..setiap kali itulah nama Muhammad..nama Rasul kita dilaungkan..adakah aku tetap dengan urusanku..atau..terus ambil wuduk untuk bersolat..atau..aku sengaja melewatkan..lewatkan..
Terbaca sirah..semasa kewafatan Nabi..waktu Bilal melaungkan azan..sampai ayat nak sebut nama Rasul,..Bilal tak dapat sebut..bibirnya terketar-ketar menyebut. nama Muhammad..dalam keadaan menagis dia menyebutnya..orang2 yang mendengar waktu tu menangis..
Bagaimana pula diri ini..terdiam seketika..telinga ini masih boleh dengar..adakah telinga ini dah kebas. dah terbiasa sehinggakan menjadi adat..azan hanya sekadar dialungkan untuk solat...Astagfirullah tak pernah diri ini hadirkan rasa sedih bila dilaungkan azan..nama Nabiku disebut..adakah..ianya menjadi biasa kerana dah terlalu ramai kawan2 bernama MUHAMMAD …airmata yang jatuh dah tak mampu ku halang..Astagfirullah…Ya Rasulullah..itu Rasulku..dia Nabiku..tiada siapa yg dapat beri syafaat..melainkan Rasul kita..Astagfirullah..Ya Allah..ampunilah diri ini...walau macammanapun jauh dari sudut hati ini masih merinduimu..
Alangkah bahagianya..bila dapat melihat wajah dia..beruntung orang melihat wajah dia..Bilal..Abu bakar Umar...Ali..dan para sahabat dapat mengenalinya.. dapat nasihat..dapat lihat ketawa Rasul..
Ya Allah..teringin aku melihat Rasul.. dia Rasulku Ya Allah..dia Nabiku..Ya Allah..tapi.. diri ini banyak dosa..layakkah aku berjumpa dengan Rasul. Ya Rasullullah..malu diri ini mendekatimu..sunnahmu tak sepenuhnya..diikuti…takud pula..Kau tak member syafaat padaku..
.jauh dari sudut hati ini teringin sekali mendengar suara Rasul.. tapi diri ini tak paham berbahasa arab..apatah lagi berkata..cukup lah sekadar dapat melihat kelibat Rasulullah..
Ya Allah dengarlah ..rayuan ini..aku yakin Engkau Maha Mendengar..lagi Maha Mengasihani..dengarkanlah Ya Allah rintihan ini..walaupun ianya hanya sekadar coretan..
Ya Allah..cara apakah..aku dapat melihat..wajah Rasulullah…
Apabila baca..kisahnya..rasa cemburu orang yang bersamanya..dapat lihat gelak ketawa Rasul..
Pernah juga terfikir..jika berada di zaman Rasul..adakah aku mengikuti ajarannya..adakah aku diantara orang yang dibencinya..adakah aku juga bersekongkong untuk mengkianatimu..
Tatkala merintih,Ya Allah..Ya Allah Engkau Yang maha Mendengar..Maha dekat..sampaikan salamku. Rinduku .pada Rasulullah...
Malam ini walau banyak kerja yang perlu dibuat..tapi cukup berharga..terima kasih Ya Allah..Kau mhidupkan hati yang telah mati..Subhanallah2..terima kasih ya AllaH..moga perkongsian rasa ini..membuatkan kita..mengenali Rasul kembali…amin..