Sunday, July 18, 2010

pesanan jalan dakwahku


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani...
terngiang- ngiang suara warga pembina johor yang umurnya mencecah 50lebih..Subhanallah kagum melihat beliau masih aktif dalam dakwah..sebelum kami meningalkan mukhayyam Indoor generasi harapan..umi sempat menasihati kami.memberi suntikan semagat kepada kami..

* tak ada satu ibadah yang memenatkan.
* kita boleh..kalo kita mampu sebenarnya kita mampu
* carilah sahabat ,rakan yang mengingatkan kepada Allah..dalam dunia ini ada rakan yang baik dan nakal..sahabat yang nakal cepat-cepat kita ajar..kerana mereka memerlukan kita
* jadikan orang yang suka kepada kebaikan sebagai anugerah terindah dari Allah
* jadikan umpama bunga yang mekar mewangi yang indah kepada mata memandang
* bersabar dan ada kehendak yang besar
* tanamkan diri masing-masing ada keyakinan..jangan toleh belakang..mari kita sama merindui..sama merasai..nikmatnya tarbiyah
* bila melangkah dalam dakwah,kita betul-betul bersedia dalam tarbiyah..bila bersedia dalam tarbiyah..kita bersedia dimarah,dicaci..
* wanita mujahidah solehe akhirat utam kerana dunia bukan pilihannya..mujahidah sejati hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..
semoga Allah permudahlan urusan dan mendatangkan jalan keluar bagi yang saling menyintai keranaNya. Sebelum melangkah lebih jauh,mari tumbuh kasih sayang sesama kita dan kaum muslimin seluruhnya..dan semoga mukhayyam kali ini membuahkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT seterusnya menyemarakkan roh ukhwah dan hammasah kita di jalan yang jauh dan panjang ini..

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati.tancapkanlah hati kami di atas jalan ini.
''...org yg bertaubat,memperbaiki diri dan berpegang teguh pada Allah dan ulus ikhlas menjalankan agama Allah, mereka itu bersama-sama orang beriman dan kelak Allah memberi pahala yang besar kepada orang beriman"(surah 4:146)