Saturday, August 29, 2009

teman bicaraku



Sekadar ingin berkongsi satu mesej yang ana terima daripada seorang sahabiah ana..



Mintalah teman yang soleh dalam sujud akhirmu sewaktu Tahajjud kerana dia bisa menguatkan kakimu di jalan ALLAH SWT...

"Sahabatku,


Di sekeliling kita terdapatbanyak hati-hati yang kosong dan rindukan sentuhan iman daripada teman yang soleh. Mulakanlah dengan menjadikan dirimu penawar kepada mereka semua, penghidup hati-hati yang gersang... Banyakkan memberi dari mengharap... Biarlah diri kita tidak dihargai orang asalkan kita tahu menghargai orang lain kerna kelak ALLAH pasti akan menghargai kita."SubhanAllah..amin.. amin ..amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, August 5, 2009

Hidayah milik Allah



Terima kasih buat sahabat yang mengirim wadah tinta ini lewat email pada akhir2 ini..ngasih2,...moga berbahagia ..mutmainnah....amin.hehe
kali nei ana nak kongsikan sedikit..ya berkaitan dengan hidayah dari Allah.kepada sahabat seperjuagan dengan ana yang sudah ditarbiyah ataupun dilanggari tarbiyah..
BERSYUKUR kepada Allah bukan saja ketika senang tetapi juga pada saat menghadapi ujian-Nya. Rahmat, musibah diturunkan Allah patut jadi medan umat muhasabah diri setiap saat..SESUNGGUHNYA orang yang memiliki ketajaman mata hati mengakui bahawa bencana dan seksa Allah tidak hanya dalam bentuk kelaparan, sakit, miskin dan muflis. Sesungguhnya bencana paling hebat ialah azab Allah bersifat maknawi, tidak nampak di mata manusia tetapi kesannya sungguh dahsyat dirasai.
Ia boleh membuat hati mereka tertekan seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud:
“Barang siapa yang Allah menghendakinya mendapat petunjuk nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima Islam. Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah ia sedang mendaki ke langit.” (Surah Al-An’am, ayat 125)


Walaupun semua nikmat dunia sudah dimiliki dada rasa sempit, susah, takut, risau dan sedih. Bukankah perasaan itu adalah azab yang bersifat maknawi? Apakah lagi azab Allah yang ditimpakan kepada manusia supaya mereka beringat?


Azab di hati, tidak berasa manisnya iman. Mengapa orang yang lalai kepada Allah hidupnya bergelumang harta dan kuasa? Tidak nampak kesusahan pada wajah mereka, sentiasa sihat dan gembira dengan apa dimiliki. Tetapi benarkah mereka bahagia?


Mana mungkin harta boleh membeli ketenangan jiwa, bahkan hakikatnya semua yang ditonjolkan adalah palsu belaka. Hati mereka menjerit dikejar rasa bersalah, diburu bayang-bayang dosa dan maksiat yang dilakukan.


Nurani yang bersih sentiasa berbisik bahawa mereka melakukan kesilapan memilih jalan sedangkan nafsu yang keji cuba menjerat dengan pelbagai kenikmatan sesaat. Memang mereka menikmati segalanya tetapi jiwa tidak pernah puas, hampa dan kosong.


Allah menyeksa dengan cara mengunci mati hati mendapat hidayah-Nya. Azab Allah membuat hidup seseorang tidak menentu, tertekan, tersesat tanpa kuasa yang boleh menolongnya selain Allah.


Jika Allah cabut kemanisan iman dari hati, sesungguhnya Dia mengazab mereka secara senyap, ramai yang sembahyang tetapi tidak rasa manisnya sujud atau khusyuk dan mereka berilmu tetapi tidak mengenal jalan menuju Allah..









Sunday, March 15, 2009

Jom Renovet hati :)


assalamualaikum..alhamdulillah ana bersyukur..kerana masih diberi peluang hidup udara segar..masih diberi peluang dari bingkas bangun dari mati kecil..melakukan tanggujawab yang masih belum sempurnanya untuk selaku perantau di akhirat nanti..terima kasih juga kepada akak2 yang menghantar mesej penuh dengan kata2..yang mengingatkan diri ana ini..ya kadang alpa..begitulah fitrah manusia..sebab itu kita saling ingat mengigatkan.. kadang terfikir baju yang kotor,kalo basuh,dicuci,diberus..dibilas..alangkah kalolah bju itu boleh bercakap..pasti9 dia akan melaung kesakitan.. begitulah ibarat orang BERIMAN..untuk membersihkan diri mereka dr noda2 sisa kejahilan..nak angkat darjatnya di sisi tuhan pasti diuji dengan kesakitan..kesensaraan.. kalo air yang dibilas tdi..ibaratkan seorang mukmin tdi menangisi dan menyesali akn kesilapan yang dilakukan..insyAllah Tuhan itu Maha mendengar,jika titisan air mata jernih yang jatuh di pipi mukminh tdi adalah titisan yang ikhlas..insyAllah dosa2 pasti diampunkan Tuhan.. yang penting ikhlaskan hati itu..sahabat2 yang sama akidah denganku mari kita perbetulkan hati kita selalu..ikhlaskan hati kita kerana Allah swt.. ada 4 saje cara nak bersihkan hati kita: 1)taat perintah perintah Allah.. taat di sini bermaksud kita melakukan ibadat dengan ikhlas.. 2)cari keberkatan bagaimana nak cari keberkatan?? dengan melakukan qiam pada waktu malam.. bertaubat kita semua padaNya.. 3)banyakkan berzikir.. surah 8:2 "sesungguhnya orang yang beriman bila menyebut nama Allah hati mereka gementar,bila menyebut ayat2 Allah bertambahlah iman mereka,sebab itu mereka bertawakal padaNya" 4) berdoa.. berdoa dengan bersungguh-sungguh..dan yakinlah doa kita pasti dikabulkan.. masinnya air laut tak boleh menyerap ikan yang masih hidup.. tapi bila ikan tersebut mati,secubit garam saje dah memasinkan ikan tersebut.. begitulah hati kita..hati yang hidup sukar dinodai,tapi hati yang mati mudah saje dipengaruhi..moga Allah jaga hati kita..iaitu hati yang dipilih mendapat hidah-Nya,iaitu hati yang menyesali akan dosa-dosanya...

segala puji bagi Allah yg telah melenyapkn kesedihan dariku..


jadilah engkau seperti kupu-kupu,ringan perawakan,indah dipandang...sedikit bergantung pada yang lain..terbang satu bunga ke satu bunga yang lain..dari satu tangkai ke tangkai yang lain..dari satu taman ke taman yang lain


atau jadilah seperti lebah,makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik..
Bila hinggap pada ranting ia tidak mematahkannya..
menghisap sari bunga tanpa menyengat..


terbang dengan membawa kecintaan..dan hinggap dengan membawa kasih sayang..
ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira..dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan2 ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal

Friday, February 13, 2009

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Tuesday, January 13, 2009

GRPN DARI MINDA INI..


Embun pagi menitik lagi..tanda bumi masih dipaksi,tanggal 31 ogos tahun ini,genaplah Malaysia 52 tahun berdiri sendiri..tapi jaganlah alpa dengan kesenokan duniawi,hedonisme melata membelit,ideologi,materialistik makam memakan diri..Lupakah mereka kepada kebesaran diraja??pada mat kilau,Datuk Maharaja Lela,Tunku Abd Rahman?? Lembut gigi dari lidah berkata merdeka sedangkan jiwa dibelenggu mentaliti penjajah..mengejutkan islam..sedangkan Ladies,Gothic,Overnite,Black Metal jadi pegangan nafsu diri..Adakah ini erti merdeka sejati??Mana perjuangan parti2 demokrsi? Apa sudah jadi gaduh sana sini?saling tuduh menuduh menuding jari..Mengapa tidak membetulkan saje mentaliti REMAJA kini??? BAKAL PENERAJU PENGGERAK PENTAKBIR DUNIA MASA DEPAN!!..Ah!! apakah yang telah terjadi itulah secebis grpn dr minda ini..INGATLAH ANDAI HIDUP TIDAK BERPAKSI AL-QURAN DAN SUNNAH tanggunglah kemusnahan dan kehancuran yang MAHA AGUNG..

Friday, November 28, 2008

setelah ku dipaling...


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

kepada ukti2ku..rindunye kepada kamu semua,adik2ku
maafkan akak..sesungguhnya aku ingin menjadi anak singa islam yang berani..
tapi..senang saje lintasan-lintasan suuhzhon hadir dalam diri ini..
masinnya air laut tidak mudah untuk menyerap isi ikan..
tapi bila ikan sudah mati,sedikit garam saje boleh memasinkannya..
begitu juga hati ini,hati yang hidup sukar untuk dinodai,tp hati yang mati mudah saje di pengaruhi..moga Allah pelihara hati ini..hati yang dipilih mendapat hidayahNya..iaitu hati yang menyesali aku dosa-dosanya..amin

Thursday, November 27, 2008


Sayang...dalam meniti cubaan,
pabila ku meminta kesabaran,
Allah memberi ku cubaan,
pabila ku meminta kesetiaan,
Allah memberi ku perpisahan,
syukur jua meski ku kepayahan

hatiku...


HATIKejahatan itu bukan satu kebetulan , ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan , tahap demi tahap...Pertama kali terbuat dosa , HATI akan diburu rasa bersalah . Jiwa resah kerana diri menentang fitrah . Kesalnya bukan main . sesalnya sungguh merimaskan . Rasa bersalah itu memang resah . Benarlah seperti yang sering diungkapkan , apabila manusai berdosa dia bukan sahaja menentang ALLAH tetapi juga menentang dirinya sendiri.Namun rasa berdosa itu tidak lama . Jika dosa yang sama dibuat kali kedua , ketiga dan seterusnya....rasa bersalah itu akan hilang , sedikit demi sedikit . Lalu , hati itu telah terbiasa dengan dosa , rasa bersalah tidak muncul lagi...ia sirna dimamah oleh dosa . Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kesesalan dan penyesalan...tapi , di tahap kedua ini , tiada air mata lagi...ALAH BISA TEGAL BIASA..Hati telah tega untuk berdosa..Dosa itu racun yang disaluti kemanisan . Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya pada hati..dari tahap terbiasa dengan dosa , kederhakaan meningkat lebih parah lagi . Tibalah hati pada tahap ketiga , yakni seronok dan rasa indah dengan dosa..Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya..Rasa ketagih dengan maksiat , gian dengan kemungkaran , mencengkam hati dan diri . Racun dosa terasa nikmatnya , tiada lagi rasa bersalah . Bila dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.Nafsu tidak pernah puas , kehendak tiada batas , syaitan pula tak pernah tidur . Usahanya tidak pernah kendur . Lalu apabila syaitan meluncur laju ke lebuh raya nafsu , diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk MAJU setapak lagi , itulah tahap keempat yang lebih dasyat lagi dan lebih sesat . Keseronokan dosa menjadi si berdosa itu pembela dan pejuangnya..Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan . Jangan ada pembela agama yang bercakap tenteng kiamat dan akhirat , pejuang dosa itupun bangun menentangntya , dengan seluruh upaya dan kudrat.Justeru wahai diri , berhati-hatilah dengan dosa . Jangan tertipu oleh kecilnya atau remehnya suatu kederhakaan . Ingat , tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba , tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam . Keterlanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua . Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama DOSA....WAHAI DIRI....Ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau melakukan dosa , ketahuilah itu adalah peringatan ALLAH yang difitrahkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani . Itu petanda yang hatimu masih hidup . Bukankah penyesalan itu syarat taubat??? maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga ( jika dosa itu dengan ALLAH ) jika dosa dengan manusia , tambahlah lagi dengan syarat yang keempat . Tak mengapa jika engkau terlanjur lagi berdosa selepas itu . Bertaubatlah kembali . Hatimu akan hidup lagi , selagi ada rasa bersalah , selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada ALLAH . Jangan putus asa oleh taubat yang patah , kerana kasih sayang ALLAH akan menumbuhkan taubat kali kedua , ketiga dan seterusnya....Wahai diri , biarlah dirimu jatuh bangun , merangkak tegak , dalam taubat demi taubat yang tidak menjadi berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti . Lebih baik hatimu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat , daripada tertipu oleh nikmatnya dosa yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat..Wahai diri...ingatlah...sekali kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan , tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan , berhati-hatilah menjaga hati.. tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa..tetapi jangan sampai kau selalu tersenyum kerananya... ingatlah selalu , KEJAHATAN YANG MENYEBABKAN KAU MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKABBUR.

Tuesday, November 11, 2008

SALAM RAHMAT ALLAH KE ATASMU SAHABAT




Suatu hari suatu ketika,
tika kegelisahan mengulit jiwa..
diri kehilangan diri kebuntuan,
terima kasih Wahai Allah,
luhur dan indahnya kasih sayangMu,
Engkau tidak pernah melupai daku,
aku yang selalu terlalai mengingatiMu,
sibuk urusan dunia membelai lagha..
tatkala diri lemas di samudra rasa,
tercari-cariku ...dambakan pertolongan,
maluku meminta menitiskan air mata,
namun Engkau masih menerima,
menghantarku seorang sahabat berbicara.

Monday, November 10, 2008

MuSLiMaH SeJaTi...


Aku bukan perempuan, Gopoh mengejar kemahsyuran, Di tempat persinggahan, Tiada berkekalan. Kuingin kemuliaan abadi, Kemahsyuran hakiki, Bukan yang tiada erti, Bukan yang dimurkai Ilahi, Bukan di dunia ini, Tapi di Taman Syurgawi, Inginku kekal sebagai bidadari..

Sunday, November 9, 2008

monolog..




DALAM REDUP ITU Dalam redup hari...! sesuram hatiku... ingin memanggil ceria, namun rindu sering melintasnya, muram durja menyapa pula. hari -hariku terasa kosong, tiada gurau senda, di manakah kau agaknya? aku sedang merindui. Dalam suram cahaya...! sebening pagi ini, ingin ku menemuimu, sungguh rindu membelit leherku, meruntun-runtun melemasku, hari-hariku terasa gelap , tiada warna cahaya indah, di mana kau sebenarnya? aku selalu menantimu.
Dalam sepi ini...! sedih hati nyilu pilu, ingin ku terus menjauh, entah mengapa aku tak berdaya, kehilanganmu meragut kekuatanku, hari-hariku tak bermakna, tiada sahabat teman berbicara, wahai sayang datanglah..? aku selalu menunggumu. wassalam...

Terima kasih sahabat...!



UKIRLAH SENYUMAN YANG PALING MANISKERANA SENYUMAN ITU TIDAK MENYAKITKANMALAH MENJADI PENAWAR HATI YANG SAKIT











WaNiTa....




WaNiTa...

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa





WaNiTa...

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh


Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh




WaniTa...

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan


Bahkan sebagai hiasan kecantikan